Isnin, 27 September 2010

KERJA GILA KE NIIII......

Dengan berbekalkan nyawa RB20 dan SR20, kami seramai 12 orang ( 6 melayu dan 6 China)cuba menjelajah suatu tempat yang dahulunya dalam tahun 70an dekanali dengan kawasan hitam. 6 buah kenderaan pacuan empat roda ( 5 yang telah di beri nyawa RB20 Turbo dan Sebuah SR20 Turbo). Jam 8.00 kami bertolak dari Bandar Raub menuju ke Pekan Cheroh.

Dari Pekan Cheroh kami melalui Naza Plantation dan menuju ke hutan Simpan Sg Liang. Pejalanannya hanya sejauh lebih kurang 25 km 'off-road'. Kalau 'on-road' agak berapa minit jer.... tapi kami sampai ke sg hijau tempat matlamat jam 10 malam.

Pada ke esok harinya jam 9.00 pagi, mula belepas kembali. Sampai ke Pekan Cheroh jam 2.00 pagi. Gitulah pengalaman dan kemahiran hidup yang tak dapat dibelajar dimana-mana Universiti dan tak dapat di beli mana-mana.



Gambar Gambar lain:http://picasaweb.google.com/100563408817138372967/SgLiangRaub#

Tiada ulasan: