Khamis, 24 Jun 2010

trip kedua

Pokok Cengal dari dua sudut yang berbeza

Pokok Cengal terbesar yang pernah ditemui di Malaysia ialah di Hutan Simpan Sg. Loh. Pokok Cengal ini dikatakan berusia melebihi 1300 tahun, ketinggian 65m dan ukur lilit melebihi 16m (pada pembacaan saya pada artikel yang pernah di baca ). Pada 19 Jun 2010 baru-baru ini kami dengan 3 buah 4x4 ke sungai Loh, sampai kira-kira jan 11.30 pagi. Pada sebelah petang kami gi melihat pokok Cengal yang terbesar dan tertua di dunia ini.

track yang dilalui


Mula melalui jalan Pasir Raja dan dari Kg. Jonggok Batu perjalanan pada mulanya melalui jalan berturap sejauh lebih kurang 7.4km (kiraan Dari GPS) dan kemudian melaui jalan balak sejauh 13.4km (juga dari kiraan GPS). Perjalanan terpaksa menyeberangi lurah dan sungai. Dari penghujung jalan balak tersebut, kami kemudian terpaksa berjalan kaki melalui denai sejauh 850m (ikut yang tertulis di pancang penanda kat situ) untuk sampai ke lokasi pokok Cengal tersebut.

Banir dan pokok

Setelah puas bergambar di banir pokok Cengal ini, kami semua beredar dari situ untuk pergi mandi manda di Sg. Loh dan mendirikan hotel...........


lain-lain fauna dan flora kat situ

'besttt... gilaaa....' kanak-kanak main air kat sini kata mereka




atas sebelum di kacau gangu dan bawah setelah kacau gangu dia jadi bulat boleh buat macam guli.........








lain-lain gambar ada lagi kat sini


http://picasaweb.google.com/100563408817138372967/SgLoh#



Tiada ulasan: