Jumaat, 22 Oktober 2010

RIVER RANGER PART III

OBJEKTI 1N1S

Program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S/1S1R) telah dilancarkan pada 2002 dengan objektif-objektif berikut :

• Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015;

• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi; dan

• Untuk mengekalkan nilai aset sungai.



Program ini merupakan perjanjian bersama Kerajaan Negeri dimana setiap negeri perlu memilih satu sungai yang tercemar untuk dipulihkan. Program pemulihan ini dillaksanakan dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun melalui program-program jangka pendek berikut :

• Rangka kerja untuk program pemulihan di kawasan hulu sungai, pertengahan sungai dan di kawasan hilir sungai.

• Menghalang sampah daripada masuk kedalam sungai dangan pemasangan perangkap sampah di punca;

• Penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh pihak berkuasa tempatan bagi semua pembangunan tanah;

• Penguatkuasaan Sistem Rawatan oleh pihak berkuasa tempatan seperti penggunaan ‘Food, Oil & Grease’ (FOG) and Gross Pollutant Trap (GPT) untuk gerai-gerai makanan, pasar dan aktiviti-aktiviti lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai;

• Penempatan semula setinggan dan pemindahan ke tampat yang lebih sesuai bagi aktiviti-aktiviti di tepi sungai yang menyebabkan pencemaran;

• Mewartakan Sungai dan rizab sungai dan dijadikan sebagai zon riparian untuk pelbagai habitat bergantung kepada jenis gunatanah di sekitar sungai (seperti kawasan Bandar, luar Bandar dan kawasan tadahan air;

• Mempromosi dan menggalakkan sector swasta untuk mengamalkan Amalan Pengurusan Terbaik (BPMs) bagi semua jenis pembangunan seperti menyediakan “Pelan Pengawalan hakisan dan Kelodak “(ESCP) untuk mengawal hakisan dan kelodak; dan

• Memperketatkan syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang pengambilan pasir seperti keperluan mandatori bagi menyediakan perangkap lumpur untuk mengawal bahan kelodak terampai.

Strategi pelaksanaan utama adalah langkah pencegahan, langkah merawat serta pengurusan, dan beberapa jawatankuasa yang melibatkan semua pelanggan (stakeholders) telah ditubuhkan untuk mencapai visi sungai yang bersih.



SUMBER

Tiada ulasan: