Selasa, 18 Mei 2010

UJI KESABARAN ANDA

UJIAN MASA TIGA MINIT



1. Copy dan paste text kedalam word.

2. Print.

3. Baca keseluruhan kertas ini sebelum anda melakukan apa-apa.

4. Tulis nama anda disebelah kanan hujung sebelah atas muka surat ini.

5. Buat bulatan dikeliling perkataan “nama” dalam ayat kedua.

6. Lukis lima segi empat sama disebelah kiri hujung sebelah atas muka surat ini.

7. Tulis ‘x’ didalam tiap-tiap segi empat sama yang telah anda lukis.

8. Buat bulatan dikeliling tiap-tiap segiempat sama yang telah anda lukis.

9. Tandatangani nama anda dibawah tajuk muka surat ini.

10. Selepas tajuk itu tulis, ‘ya, ya, ya, ya’

11. Buatkan bulatan dikeliling ayat-ayat bilangan 9 dan 10.

12. Tulis ‘x’ disebelah kiri hujung sebelah bawah muka surat ini.

13. Lukis segitiga dikeliling ‘x’ yang anda baru lukis.

14. Dibelakang muka surat ini kirakan 70 x 30 - 10.

15. Lukis bulatan dikeliling perkataan ‘muka surat’ didalam bilangan 6.

16. Jika anda mula-mula sampai kesoalan ini joget ditempat anda.

17. Gariskan ‘vowel’ (huruf saksi) dalam soalan 14.

18. Disebalik muka surat ini campurkan 107 dengan 278.

19. Buat bulatan dikeliling jawapan kepada soalan no. 18.

20. Tebuk tiga lubang diatas kertas ini dengan pensel anda.

21. Jika anda orang yang pertama boleh sampai sejauh ini, laungkan dengan suara lantang, “Saya seorang pemimpin yang patuh kepada arahan”.

22. Setelah anda selesai membaca dengan teliti, hanya lakukan arahan 1 hingga 3 sahaja.

Tiada ulasan: