Dengan berbekalkan nyawa RB20 dan SR20, kami seramai 12 orang ( 6 melayu dan 6 China)cuba menjelajah suatu tempat yang dahulunya dalam tahun 70an dekanali dengan kawasan hitam. 6 buah kenderaan pacuan empat roda ( 5 yang telah di beri nyawa RB20 Turbo dan Sebuah SR20 Turbo). Jam 8.00 kami bertolak dari Bandar Raub menuju ke Pekan Cheroh.
Dari Pekan Cheroh kami melalui Naza Plantation dan menuju ke hutan Simpan Sg Liang. Pejalanannya hanya sejauh lebih kurang 25 km 'off-road'. Kalau 'on-road' agak berapa minit jer.... tapi kami sampai ke sg hijau tempat matlamat jam 10 malam.
Pada ke esok harinya jam 9.00 pagi, mula belepas kembali. Sampai ke Pekan Cheroh jam 2.00 pagi. Gitulah pengalaman dan kemahiran hidup yang tak dapat dibelajar dimana-mana Universiti dan tak dapat di beli mana-mana.
Gambar Gambar lain:http://picasaweb.google.com/100563408817138372967/SgLiangRaub#
Isnin, 27 September 2010
LEPAK LEPAK SG MAS GANU
Dengan empat buah kenderaan pacuan empat roda ( 3 rocky dan 1 pajero) dan seramai lapan orang krew jam 8.00 pagi belepas dari Tanjong Pasir menuju ke Sg Cherul. Dari Tanjong Pasir ke Felda Cherol melalu jalan tar dan kemudian mestilah 'off-road'. Sampai tempat lepak kurang lebih jam 3.00 petang. Perjalan keseluruhan lebih kurang 280 km pergi dan balik. Kenderaan dijana oleh sebuah 1G-Supercharge, sebuah 4G54 dan dua 3Y.
Gambar :http://picasaweb.google.com/100563408817138372967/SgMasGanu#
Gambar :http://picasaweb.google.com/100563408817138372967/SgMasGanu#
Jumaat, 24 September 2010
TERINGATKU DIPAGI YANG HENNINGGG
LEMANG CARA KU
Pasal cari buluh, daun pising tak yah celiter laa....
Potong daun pisang ikut lilit buluh lemang
Gunakan penyelur
Gulung pada penyelur daun pisang
Gulung pada penyelur daun pisang
Ahad, 5 September 2010
KERABU SuTUnnnnnnn
Kerabu bermacam jenis kerabu tapi kali ni gua mau kasi sama lu 'Karabu Sotong' gua kasi nama tau.......
BAHAN ASAS:
1. Sotong Kering dalam paket .. Sotong B-B-Q., satay sotong, sotong pedas, sotong gula ker... tak kesahlah asalkan sutunnnnnn......... hehehe......
2. Mangga muda, mempelam muda, pauh muda ker..............
3. Bahan perasa... gula, garam, lada/cili......
BAHAN ASAS:
1. Sotong Kering dalam paket .. Sotong B-B-Q., satay sotong, sotong pedas, sotong gula ker... tak kesahlah asalkan sutunnnnnn......... hehehe......
2. Mangga muda, mempelam muda, pauh muda ker..............
3. Bahan perasa... gula, garam, lada/cili......
CARA:
1. Kupas mangga dan racet ikut keselesaan demeh.
2. Racet sotong ikut suka hok-omeh laa...
3. Cincang perasa... gula, garam, lada..
Jumaat, 3 September 2010
SAMBAL KELI PANGGANG
Siapa yang tak kenal ikan keli (sesetengah tempat ada yang gelo ikan sembilang). Mungkin biasa makan keli masak lemak cili api, keli goreng berlada, gulaimasam keli, asam pedas keli, asam wrongg keli dan sabagi nya........
Kali ni acu cuba trai testing yang ni pulok.............
Bahan nya adalah..............
1. Lada kecik/cili api/padi
2. Belimbing buluh
3. Dah tentulah ikan keli
4. Bahan perasa - Garam & Belacan
Yang hangus-hangus (hitam-hitam) tu buangkan nanti sambal jadi hitam warnanya.
PROSES:
1. Biasa laa.. mula-mula bergaduh dengan dengan lada, garam & sedikit belacan (jika mau tarok) hingga lumat.
Langgan:
Catatan (Atom)