Khamis, 21 Oktober 2010

RIVER RANGER PART I

APA ITU RIVER RANGER

River Ranger adalah program yang menyeluruh untuk pelajar - pelajar sekolah bagi memahami tentang alam sekitar, sumber air dan sungai. Ianya bukan sahaja menekankan kepada aspek pencemaran air tetapi juga dari aspek ekosistem kehidupan seperti biodiversiti, kegunaannya, nilainya dan manfaatnya kepada manusia. (gitulah yg koi paham lebih kurang maknanya)


Definisi Sungai

Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).

Definisi Lembangan Sungai

Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water framework Directive 2000).

Sungai adalah mana-mana anak sungai semula jadi yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing (Ensiklopedia Britannica). Punca sebatang sungai mungkin dari sebuah tasik, mata air, atau gabungan beberapa sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai hulu sungai. Dari hulu,sungai mengalir menuruni bukit, dan lazimnya berakhir di laut. Dalam beberapa kes sungai mungkin mengalir ke dalam tanah atau mengering sepenuhnya sebelum sampai ke badan air yang lain. Sungai adalah komponen kitaran air. Hujan mengalir masuk ke dalam sungai seterusnya ke dalam laut. Cabang-cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai tributari. Kebiasaanya saluran yang besar dipanggil sungai,manakala saluran yang kecil dipanggil caruk, anak-anak sungai, rekahan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tiada garispanduan / rujukan /peraturan bagi menentukan definasi sebenar sungai. Di Malaysia, selain sungai, terdapat pelbagai istilah yang merujuk kepada sungai; alor (Kelantan), carok (Kedah) , parit (Johor) , batang (Sarawak) dan terusan.

Secara umumnya, sungai-sungai di Malaysia bermula dari hujan, air sungai umumnya berpunca dari air larian permukaan, air bawah tanah yang mengalir semula ke dalam saluran sungai (semasa musim kemarau) dan pelepasan air dari takungan air semula jadi atau buatan , seperti tanah bencah, kolam atau tasik. Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik. Apabila sungai mengalir ke kawasan tanah rendah, sungai akan berkelok dan berliku dengan menghakis tebing sungai.

Tasik ladam terjadi apabila aliran air sungai tidak melalui liku dan menjadikan saluran sungai lebih pendek. Jumlah enapan yang besar di dalam sesuatu aliran sungai akan membentuk delta yang kompleks di muara sungai.

Peranan Sungai

Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin/jentera (Janakuasa hidroelektrik). Sungai telah digunakan bagi aktiviti pelayaran semenjak beribu tahun yg lalu.

Pengangkutan Air menyediakan kemudahan pengangkutan yang paling murah dan masih diamalkan secara meluas di Negeri Sarawak dan Sabah. Di kawasan hutan, aktiviti pembalakan menggunakan sungai untuk menghanyutkan kayu balak dari hulu ke pusat pemprosesan selanjutnya. Kaedah semulajadi ini banyak membantu menjimatkan tenaga kerja dan kos pengangkutan. Sungai juga membekalkan sumber makanan sejak zaman pra sejarah. Ianyakaya dengan sumber hidupan yang lain seperti ikan udang, kerang dan ketam, secara tidak langsung sungai juga berperanan membekalkan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Sungai dapat mengekalkan kitaran rantaian makanan secara semulajadi. Sungai merupakan sumber utama air bersih. Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan bandar-bandar utama dan pekan-pekan berkembang di persisir sungai. Malangnya, sungai telah dicemari dengan pembuangan sisa-sisa pelupusan serta kegiatan penggambilan pasir dan batu kelikir bagi tujuan pembinaan. Sungai seharusnya digunakan bukan sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa pelupusan sebaliknya sungai dan persekitaran perlu dipelihara dan diperindahkan sebagai tempat rekreasi dan seterusnya dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.

Tiada ulasan: