Selasa, 26 Oktober 2010

RIVER RANGER PART IV


Program Jambori 'RIVER RANGER" Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 akan diadakan pada 29 Oktober hingga 31 Oktober 2010 di Sungai Galing bertempat di belakang Hotel Vistana, Kuantan.

LATAR BELAKANG LEMBANGAN SG GALING BESAR

Sg. Galing Besar yang mempunyai keluasan kawasan tadahan 22.65 km2 dan panjang 7.7 km merupakan sungai yang mempunyai kepadatan pembangunan yang pesat di kawasan tadahannya dimana kawasan hulu menempatkan kawasan perindusteriaan Semambu dan di bahagian hilirnya merupakan pusat bandar Kuantan. Sementara kawasan pertengahan pula merupakan kawasan pembangunan bercampur seperti perumahan dan pusat pertumbuhan ekonomi.

Sg. Galing Besar merupakan sistem saliran utama bagi kawasan timur bandar Kuantan. Sistem-sistem saliran utama lain yang memasuki sistem sungai ini termasuk kawasan tadahan Sg. Galing Kechil ( 113 ha. ) yang merangkumi kawasan-kawasan sekitar Medan Kubang Buaya dan Medan Tok Sira, saliran daripada kawasan pembangunan di Jalan Beserah termasuk Air Putih, saliran daripada kawasan jalan Hj. Ahmad termasuk Bukit Restali serta kawasan tadahan sekitar Jalan Lim Hoe Lek termasuk Bukit Sekilau.

ISU DAN MASALAH DI LEMBANGAN

Pembangunan pesat di dalam kawasan tadahan telah mendedahkan Sungai Galing Besar kepada pelbagai tekanan yang telah mengakibatkan berlakunya kejadian-kejadian seperti banjir, pencemaran/kemerosotan kualiti air, kekurangan sumber air, hakisan tebing/dasar sungai, masalah setinggan, dan undang-undang untuk mengurus sungai.

Antara isu dan masalah utama yang dikenalpasti ialah ;

a. Pembangunan pesat didalam kawasan tadahan yang kurang mengambilkira pemeliharaan alam sekitar.

b. Pembuangan sampah sarap dan sisa buangan domestik daripada kawasan Komersial, perumahan, perkampongan, setinggan dan lain-lain penempatan,

c. Sisa buangan racun/kimia dari kawasan industri serta kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna,

e. Buangan minyak daripada bengkel-bengkel kenderaaan,

f. Buangan daripada pasar basah/restoran dan premis-premis makanan

RAWATAN SUNGAI

Rawatan Sungai Menggunakan Sembuaran EM Solution dan EM Mud Ball. Lokasi rawatan yang dijalankan ialah di belakang Vistana Hotel, Kuantan.


Semburan EM Solutions

EM Mud Ball

Semburan Emas dibuat pada sekeliling kawasan dan di dalam sungai setiap hari dengan jumlah 1,000L sehari

Jumaat, 22 Oktober 2010

RIVER RANGER PART III

OBJEKTI 1N1S

Program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S/1S1R) telah dilancarkan pada 2002 dengan objektif-objektif berikut :

• Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015;

• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi; dan

• Untuk mengekalkan nilai aset sungai.



Program ini merupakan perjanjian bersama Kerajaan Negeri dimana setiap negeri perlu memilih satu sungai yang tercemar untuk dipulihkan. Program pemulihan ini dillaksanakan dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun melalui program-program jangka pendek berikut :

• Rangka kerja untuk program pemulihan di kawasan hulu sungai, pertengahan sungai dan di kawasan hilir sungai.

• Menghalang sampah daripada masuk kedalam sungai dangan pemasangan perangkap sampah di punca;

• Penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh pihak berkuasa tempatan bagi semua pembangunan tanah;

• Penguatkuasaan Sistem Rawatan oleh pihak berkuasa tempatan seperti penggunaan ‘Food, Oil & Grease’ (FOG) and Gross Pollutant Trap (GPT) untuk gerai-gerai makanan, pasar dan aktiviti-aktiviti lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai;

• Penempatan semula setinggan dan pemindahan ke tampat yang lebih sesuai bagi aktiviti-aktiviti di tepi sungai yang menyebabkan pencemaran;

• Mewartakan Sungai dan rizab sungai dan dijadikan sebagai zon riparian untuk pelbagai habitat bergantung kepada jenis gunatanah di sekitar sungai (seperti kawasan Bandar, luar Bandar dan kawasan tadahan air;

• Mempromosi dan menggalakkan sector swasta untuk mengamalkan Amalan Pengurusan Terbaik (BPMs) bagi semua jenis pembangunan seperti menyediakan “Pelan Pengawalan hakisan dan Kelodak “(ESCP) untuk mengawal hakisan dan kelodak; dan

• Memperketatkan syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang pengambilan pasir seperti keperluan mandatori bagi menyediakan perangkap lumpur untuk mengawal bahan kelodak terampai.

Strategi pelaksanaan utama adalah langkah pencegahan, langkah merawat serta pengurusan, dan beberapa jawatankuasa yang melibatkan semua pelanggan (stakeholders) telah ditubuhkan untuk mencapai visi sungai yang bersih.



SUMBER

Khamis, 21 Oktober 2010

RIVER RANGER PART II

"Best giler" kata-kata budak-budak sekarang... alangkah seronoknya ada sungai macam dalam gambar berada di tengah-tengah bandar... adakah mmmmm  mustahil???......

Kalau takder yang semula jadi.....  hok hok buatang pong leh jugok......

RIVER RANGER PART I

APA ITU RIVER RANGER

River Ranger adalah program yang menyeluruh untuk pelajar - pelajar sekolah bagi memahami tentang alam sekitar, sumber air dan sungai. Ianya bukan sahaja menekankan kepada aspek pencemaran air tetapi juga dari aspek ekosistem kehidupan seperti biodiversiti, kegunaannya, nilainya dan manfaatnya kepada manusia. (gitulah yg koi paham lebih kurang maknanya)


Definisi Sungai

Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).

Definisi Lembangan Sungai

Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water framework Directive 2000).

Sungai adalah mana-mana anak sungai semula jadi yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing (Ensiklopedia Britannica). Punca sebatang sungai mungkin dari sebuah tasik, mata air, atau gabungan beberapa sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai hulu sungai. Dari hulu,sungai mengalir menuruni bukit, dan lazimnya berakhir di laut. Dalam beberapa kes sungai mungkin mengalir ke dalam tanah atau mengering sepenuhnya sebelum sampai ke badan air yang lain. Sungai adalah komponen kitaran air. Hujan mengalir masuk ke dalam sungai seterusnya ke dalam laut. Cabang-cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai tributari. Kebiasaanya saluran yang besar dipanggil sungai,manakala saluran yang kecil dipanggil caruk, anak-anak sungai, rekahan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tiada garispanduan / rujukan /peraturan bagi menentukan definasi sebenar sungai. Di Malaysia, selain sungai, terdapat pelbagai istilah yang merujuk kepada sungai; alor (Kelantan), carok (Kedah) , parit (Johor) , batang (Sarawak) dan terusan.

Secara umumnya, sungai-sungai di Malaysia bermula dari hujan, air sungai umumnya berpunca dari air larian permukaan, air bawah tanah yang mengalir semula ke dalam saluran sungai (semasa musim kemarau) dan pelepasan air dari takungan air semula jadi atau buatan , seperti tanah bencah, kolam atau tasik. Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik. Apabila sungai mengalir ke kawasan tanah rendah, sungai akan berkelok dan berliku dengan menghakis tebing sungai.

Tasik ladam terjadi apabila aliran air sungai tidak melalui liku dan menjadikan saluran sungai lebih pendek. Jumlah enapan yang besar di dalam sesuatu aliran sungai akan membentuk delta yang kompleks di muara sungai.

Peranan Sungai

Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin/jentera (Janakuasa hidroelektrik). Sungai telah digunakan bagi aktiviti pelayaran semenjak beribu tahun yg lalu.

Pengangkutan Air menyediakan kemudahan pengangkutan yang paling murah dan masih diamalkan secara meluas di Negeri Sarawak dan Sabah. Di kawasan hutan, aktiviti pembalakan menggunakan sungai untuk menghanyutkan kayu balak dari hulu ke pusat pemprosesan selanjutnya. Kaedah semulajadi ini banyak membantu menjimatkan tenaga kerja dan kos pengangkutan. Sungai juga membekalkan sumber makanan sejak zaman pra sejarah. Ianyakaya dengan sumber hidupan yang lain seperti ikan udang, kerang dan ketam, secara tidak langsung sungai juga berperanan membekalkan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Sungai dapat mengekalkan kitaran rantaian makanan secara semulajadi. Sungai merupakan sumber utama air bersih. Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan bandar-bandar utama dan pekan-pekan berkembang di persisir sungai. Malangnya, sungai telah dicemari dengan pembuangan sisa-sisa pelupusan serta kegiatan penggambilan pasir dan batu kelikir bagi tujuan pembinaan. Sungai seharusnya digunakan bukan sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa pelupusan sebaliknya sungai dan persekitaran perlu dipelihara dan diperindahkan sebagai tempat rekreasi dan seterusnya dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.

Jumaat, 15 Oktober 2010

CHEROL FOREST RESERVE



PART 1

PART II

PART III

Rabu, 13 Oktober 2010

INFO SUNGAI DI PAHANG





                                Daerah                    Jumlah                         Panjang
                                                               Sungai                          Sungai (km)

                       -    Kuantan                          74                              534.7

                       -    Pekan                            123                             640.7

                       -    Rompin                          226                           1,579.7

                       -    Maran                             81                             576.8

                       -    Temerloh                       148                             726.9

                       -     Bera                             108                              859.6

                       -    Jerantut                           64                            1,292.0

                       -    Bentong                         254                            1,367.1

                       -    Raub                             305                            1,284.0

                       -    Lipis                              555                            2,601.6

                       -    Cameron Highlands        121                            503.6

                                         JUMLAH      2,059                          11,960.7 km


Selasa, 12 Oktober 2010

WAJAH WAJAH LAMA PAHANG

AIR BAH 1971 TEMERLOH

FERI PASIR KEMUDI


WALL STREET

MAIN STREET

AIR BAH 1971 PEKAN



SUNGAI KUANTAN



LOKSINYA TAK DAPAT DI KENAL PASTI