Isnin, 3 Mei 2010

Geng Anok Antu

XPDC SUNGAI HANTU, ROMPIN


On saturday - 1 mei 2010 jam 6.30 pagi dengan 4 kenderaan 4x4 dengan 10 krew bertolak ke Felda Selancar. Jam 10.30 pagi kami mulai memasuki ladang sawit dan sentengah jam kemudian mula memasuki hutan simpan lesong. Disini mulalah jalan 'hardcore', setelah melalui kubang-kubang (mud), V slope, logging bridge, river crossing, melalui bawah 'rerber' (ribunan pokok tumbang) , celah-celah pokok dan berbagai lagi, kurang lebih 3 jam setengah dan kami pun sampai ke sungai hantu tempat yang di tuju. Dengan kepenatan, kepanasan badan yang penuhi lumpur terus berendam yang airnya dinginnn sekali.... pakkl.... Setelah badan rasa segar, ada diantara kami menyediakan 'hotel' untuk bermalam dan ada yang mencari lauk untuk 'majlis makan malam'.






Bermalam di sungai hantu..... tapi pada malam tu tak jumpa pun hantu..... duduk kat sungai dia.... hehehe.......

ini kah dia.............................

Keesokan hari kembali dengan melalui jalan yang sama......

http://www.flickr.com/photos/ann_1081



Pada hari yang sama, ada beberapa group/kumpulan yang masuk kekawasan tersebut yang menuju ke distinasi masing-masing ada yang ke sungai jambal dan ada yang ke air terjun pukin. 1 group dengan 40 4x4, satu group dengan 3 buah 4x4 , satu group lagi dengan 23 buah motosikal dan 1 group dangan 20 4x4. Bayangkan bertapa sibuk jalan tersebut jika bila kesemuanya memalului jalan yang sama pada satu masa yang sama....

Tiada ulasan: