Khamis, 11 November 2010

RIVER RANGER PART V

SEKITAR PROGRAM JAMBORI RIVER RANGER DI SUNGAI GALING

PERASMIAN

PENUTUP

KECERDASAN DIRI

PAMERAN

KHEMAH UNTUK PESERTA JAMBORI

PROGRAM PENLASTARIAN SUNGAI

Rabu, 10 November 2010

TIGA HARI DUA MALAM

Dua hari sebelum gi...... sambil mengeteh bincang bincang cuti tiga hari ni nak gi kemana?.
Pilih punya pilih kawasan yang nak pergi last last nya gi sungai dungun.


Jumaat 5 Nov …lepas solat jumaat dengan 3 buah 4x4 dan 6 krew kami menuju ke pasir raja..

Dalam perjalanan..... hanya kira kira 30 minit perjalanan dengan kelajuan 70 km/j ke Al Muktafi Billah Shah.... hujan dengan lebat turun hingga jalan tak berapa nampak jalan, terpaksa jalan ensot ensot agak-agak dalam 30 – 40 km/j….

Dalam hati kalau hujan macam ni dah tentu tak boleh sampai kekawasan yang dituju. Kerana ke kawasan tersebut terpaksa meredah sungai.

Pabila sampai ke simpang jalan pasir raja hujan telah reda dan pandang ke langit menghala kekawasan yang hendak dituju.. allhamdulliah cerah nampak nya… lega rasanya.

Ketika masuk ke jalan ‘off-road’ jalan hanya lembab lembab saja.. ini bermakna tidak ada hujan lebat melanda disini.

Setelah hampir satu jam perjalan ‘off-road’ dengan naik turun naik turun bukit tiba di sungai yang hendak direntasi. Air nya masih jernih dan surut. Ini bermakna tidak berlaku hujan lebat di kawasan tersebut. Ini membuatkan kami rasa lega dah mestinya lokasi yang hendak di tuju mesti air jernih dan surut.

Dalam setengah jam perjalan berikut nya kami sampai ke distinasi yang dituju.


Kebiasaannya sampai jer kedistinasi... masing masing sibuk mendirikan banglo untuk berteduh....


Pada keseluruhan perjalan ‘off-road’ adalah tahap ringan sahaja. Ini bermakna standard 4x4 boleh sampai.

Semasa kami berada disana hanya hujan renyai renyai sahaja walau pun nampak langit gelap.

Biasa lah bila berkhemah di tepi sungai… mestilah cari lauk...... haaa niiii diaaaa.........


Ambil sekadar untuk makan tiga hari dua malam sahaja.......

Ahad 11.00 pagi kami keluar dari kawasan berkhemah. Dalam perjalan balik ini jalan basah sedikit. Ada beberapa jalan menurun bukit yang curam agak licin.. bahaya sedikit bagi yang guna tayar A/T atau H/T bagi pemandu pemandu tidak ada pengalaman pemanduan ‘off-road’. Bagi kami yang menggunakan tayar Extream MT dan MT tidak mempunyai masalah langsung….

Semasa di perkhemahan tu sempat juga laa... layan 'slow shutter'........

Isnin, 8 November 2010

INDAH DIMATA TURUN KEHATI

Diantara koleksi ku....